Saturday 9 March 2013

44 warga asing termasuk wanita ditahan di Semporna


Photo: OP DAULAT: PENDUDUK LAHAD DATU TERUS DIINGATKAN JAUHI KAWASAN OPERASI

Kuala Lumpur, 10 Mac - Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus
menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau hampiri kawasan terlibat ini. Selain itu jika ada berita yang disebarkan pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran, sama-samalah kita membantu pasukan
keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) yang disiar secara langsung di TV3, pagi ini.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina memasuki hari keenam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

SEMPORNA: Seramai 44 warga asing termasuk empat wanita ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan keselamatan Ops Daulat di Kampung Pinggir Bakau, di sini, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata kesemua mereka yang ditahan adalah warga asing selepas dipercayai memberi perlindungan kepada kumpulan pengganas Sulu di sini.


Bagaimanapun, beliau berkata, 11 lelaki yang ditahan daripada 44 orang itu dibebaskan selepas dikenalpasti tidak mempunyai kaitan dengan pengganas yang melakukan pencerobohan di Lahad Datu, pada 12 Februari lalu. 


No comments:

Post a Comment