Google+ Followers

Saturday, 5 January 2013

SUDAH DEWASA ANAK MURIDKU



Aku tak tahu samada bekas murid-muridku masih ingat padaku. Selama beberapa tahun menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, rasanya banyak helaian kenangan yang dapat dikutip untuk kembali diselak.



Tentu ramai dikalangan anak-anak muridku kini telah dewasa. Telah punya kerjaya yang baik, bahkan ada juga yang aku temui telah pun berkeluarga.



Ramai dikalangan muridku yang aku masih ingat dan dapat mengenal mereka bila terjumpa dimana-mana. Namun, andai aku tak mengenal kalian nanti janganlah marah dan berjauh hati. Manusia mudah lupa. Tegurlah..sapalah.



Menjawat jawatan GPK Ko-ku sekaligus menjadi guru baris pada anak-anak muridku memang sangat mencabar. Membentuk insan yang tak kenal erti baris..namun perlu mematuhi arahan baris..



Hidup ini indah anak-anakku...



Melapor tugas dan mohon meneruskan upacara adalah antara rutin guru-guru baris.


Mujurlah ramai dikalangan guru-guru yang menjadi rakan sejawat banyak membantu. Puan Sa'adiah Abu Hasan, misalnya, adalah bekas anggota PALAPES UITM, Kampus Shah Alam, Selangor. Maka tugasan mengajar baris para pelajar perempuan menjadi mudah.



Semoga murid-muridku mendapat munafaat dari apa yang telah mereka pelajari tentang jayadiri, disiplin, setiakawan dan sebagainya...In Sha Allah.