Google+ Followers

Thursday, 17 January 2013

Polis cari murid tahun lima


Zulkepli Bedin dan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Yusnita Samsudin memegang gambar Teratai 
Kamilia Mohd. Hafiza dan Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika di IPD Kuala Kubu, Hulu Selangor, semalam. 

HULU SELANGOR 17 Jan. - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang murid tahun lima yang dipercayai dilarikan teman lelakinya berusia 17 tahun ketika mangsa keluar bersama neneknya di sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Sabtu lalu.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dipercayai dilarikan remaja terbabit, Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, kedua-duanya mengenali satu sama lain ketika bermain permainan dalam talian, kira-kira tiga bulan lalu.


Credit: 
- WAHIDAH ZAINAL/ ILAH HAFIZ AZIZ