Sunday 7 July 2013

Nahas pesawat Asiana:- Juruterbang pandu terlalu perlahan - Penyiasat

SAN FRANCISCO: Juruterbang Asiana Penerbangan 214 dilaporkan terbang terlalu perlahan ketika pesawat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sehingga memaksa pusat kawalan cuba membatalkan pendaratan beberapa saat sebelum ia terhempas. 

Menurut Pegawai Keselamatan Persekutuan, mereka juga sedang menyiasat beberpa kemungkinan bahawa krew penyelamat terlanggar dua remaja di tempat nahas sehingga maut, semalam.
Dalam kenyataan berkenaan pegawai penyiasat bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa juruterbang pesawat berkenaan terbang terlalu perlahan atau mengapa krew penyelamat tidak nampak remaja perempuan berkenaan. 


Pesawat Boeing 777 berkenaan dilaporkan terbang dengan kelajuan yang rendah untuk mendarat iaitu 137 knot sejam, kata Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Deborah Hersman dalam taklimatnya mengenai nahas itu. hari ini. - AFP

No comments:

Post a Comment