Sunday, 7 July 2013

Nahas kereta api kargo di Kanada

Nahas kereta api kargo di Kanada
Lapan letupan besar tercetus sejurus kereta api kargo muatan minyak tergelincir dari landasan di tengah bandar kecil, Lac-Megantic. Foto: EPA
QUEBEC - KANADA . Sekurang-kurangnya seorang maut dan 80 orang dilaporkan hilang apabila sebuah kereta api kargo membawa ratusan tan minyak meletup selepas tergelincir dari landasan di tengah-tengah bandar kecil di Quebec, Kanada, awal pagi kelmarin.

Jurucakap polis wilayah Quebec, Michel Brunet berkata, kemalangan berlaku di Lac-Megantic, kira-kira 250 kilometer dari timur Montreal, berdekatan sempadan Amerika Syarikat dan Maine.

Kemalangan mencetuskan lapan letupan besar selain menyebabkan 30 buah bangunan terbakar.

"Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan mangsa kedua cedera dalam kemalangan ini. Kini, pihak berkuasa masih mengesan seramai 80 orang yang hilang dalam insiden itu.

"Polis juga menerima banyak panggilan telefon daripada orang awam mengatakan mereka gagal menghubungi saudara-mara yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian," katanya dipetik dari MailOnline mengesahkan kebakaran berjaya dikawal 12 jam kemudian.

Sementara itu, seramai 2,000 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan nahas dikerah meninggalkan kediaman selepas polis mengeluarkan arahan berpindah.

Seramai 150 anggota bomba dan penyelamat dikerah memadamkan kebakaran selain siasatan berhubung punca insiden  juga sedang dijalankan. 

No comments:

Post a Comment