Google+ Followers

Tuesday, 2 July 2013

Pemberian taraf warga negara di Sabah digantung

Kuala Lumpur: Pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung sehingga siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di negeri itu selesai, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, proses terbabit bagaimanapun berjalan seperti biasa di Sarawak, malah kuasa khas di bawah undang-undang negeri akan diberikan kepada pemimpin masyarakat untuk membantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenal pasti status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa di kawasan mereka. 
1,507 permohonan 
“Sebanyak 1,507 permohonan taraf kewarganegaraan diterima di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi Sarawak sejak 2008 hingga tahun lalu dan daripada jumlah itu, 81 permohonan adalah dari Bintulu termasuk 27 sudah diluluskan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), di Dewan Rakyat, semalam.