Wednesday 3 July 2013

Dijel jua walaupun dimaaf mangsa tetak



KOTA KINABALU – Perbuatan kejam seorang penganggur menetak dan melibas leher seorang warga emas sehingga hampir putus berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Seorang lelaki warga emas yang rahangnya hampir putus selain belakang kepala luka sehingga menampakkan tulang leher selepas menjadi mangsa libasan sabit di Sipitang, 12 Jun lalu, sanggup memaafkan penganggur yang menetaknya walaupun dia hampir maut akibat kecederaan teruk dialaminya.
Laud Adau, 63, yang masih dirawat akibat kecederaan parah itu menyatakan perkara berkenaan menerusi ‘kenyataan kesan terhadap mangsa’ dalam prosiding pertuduhan terhadap tertuduh, Jamal Kamal, 24, di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

10 tahun penjara

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Jamal Kamal, 24, mengaku bersalah melakukan jenayah tersebut dan mengarahkan hukuman itu berjalan dari tarikh lelaki itu ditahan pada 13 Jun lalu.
Sentencing for Jamal (left) will be on July 2 this year, after he pleaded guilty to the charge Friday.
Terdahulu, Jamal yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk kepala di kandang tertuduh ketika jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya.
Dalam kejadian itu, Jamal dengan niat menyebabkan kecederaan yang boleh membawa maut kepada Laud Adau, 68, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sapok Pelakat, Sipitang pada pukul 11 malam, 12 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment