JAKARTA - Korban jiwa dalam bencana gempa bumi berkekuatan 6.2 pada skala Richter di daerah Bener Meriah, Aceh meningkat dua orang hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat kejadian itu kepada 24 orang.
Laporan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mencatatkan bahawa 14 orang meninggal dunia di daerah Bener Meriah manakala di Aceh Tengah, 10 orang terkorban.
Dua orang penduduk pula dilaporkan hilang di daerah Bener Meriah. Sejumlah 249 orang yang cedera dalam bencana itu kini diberikan rawatan di hospital daerah Bener Meriah dan Aceh Tengah.
Gempa bumi pada pukul 2.37 petang Selasa waktu tempatan dan berpusat di 35km Barat Daya daerah Bener Meriah diikuti dengan dua gempa susulan di tempat yang sama pada sebelah malamnya dengan catatan magnitud 5.5 pada skala Richter dan 5.3 skala Richter.
Laporan awal menyebut bahawa gegaran kuat gempa itu memusnahkan ribuan bangunan serta rumah penduduk.
Data yang dikumpul oleh BNPB setakat ini menyebut bahawa 75 bangunan dan rumah penduduk di Bener Meriah musnah akibat gempa bumi itu manakala bangunan dan rumah penduduk yang musnah di Aceh Tengah berjumlah 300.
BNPB menyatakan bahawa sejak kejadian petang semalam hingga tengah hari ini, sebanyak 16 gempa susulan berlaku di kawasan Bener Meriah.
Kepala BNPB Syamsul Maarif melaporkan perkembangan bencana itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta langkah yang diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani bencana itu.
Kemusnahan itu membabitkan bangunan masjid dan bangunan pejabat kerajaan manakala sejumlah penduduk terpaksa ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Syamsul berkata kerajaan segera melakukan usaha menangani bencana itu dan pada masa ini pasukan gabungan BNPB dengan semua kementerian serta agensi berkaitan berada di Bener Meriah untuk melakukan penyelarasan usaha bantuan dan penilaian pantas.
"BNPB juga menghantar sebuah helikopter Collibri tentera udara Indonesia (TNI AU) dari Pekanbaru ke Aceh untuk wilayah perbatasan antara Bener Meriah dan Aceh Tengah," katanya pada Rabu.
BNPB turut menggunakan pesawat CN 235 tentera udara Indonesia untuk melakukan foto udara dan penilaian pantas dari udara mengenai kesan kemusnahan daripada kejadian gempa bumi itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment