6 budak korban gempa Aceh
Keluarga mangsa menanti anak mereka dibawa keluar dari kawasan runtuhan di kampung Blang, Macung.
6 budak korban gempa Aceh
Warga emas antara ramai tercedera selepas gagal menyelamatkan diri.
6 budak korban gempa Aceh
Penduduk kampung turut melakukan operasi mencari mangsa di bawah runtuhan Masjid Babusalihin, Macung, Aceh Tengah. Foto: EPA
ACEH - Sekurang-kurangnya 22 orang termasuk enam kanak-kanak dilaporkan terbunuh dan lebih 200 cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh Tengah, Indonesia, kelmarin.

Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kematian direkodkan di daerah Bener Meriah dan Macung.

"Di kampung Blang, daerah Macung, enam kanak-kanak maut dan 14 penduduk yang lain terperangkap di dalam Masjid Babusalihin ketika mereka sedang mengadakan sesi pembelajaran al-Quran.

"Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan 14 kanak-kanak yang masih terperangkap situ," katanya kepada Kompas.

Beliau berkata, selain 140 penduduk cedera, lebih 1,500 kediaman termasuk bangunan perniagaan musnah teruk.

Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berkedalaman 10 kilometer (km) di wilayah Aceh, berpusat pada 55km di barat Bireun, Kepulauan Sumatera.