Sunday 7 July 2013

Johor DT mangsa mutu pengadilan lemah - Exco


Photo: Pyro.... sini laken!!! Charzy Charz....

JOHOR BAHRU - Mutu pengadilan yang lemah menjadi punca utama Johor Darul Takzim (Johor DT) terlepas peluang ke Piala AFC 2014 apabila seri 1-1 dengan Selangor pada perlawanan penutup musim Liga Super semalam.
Exco Sukan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan mendakwa pasukan ’Harimau Selatan’ itu menjadi mangsa kepada keputusan berat sebelah pengadil pada perlawanan tersebut di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
"Saya berada di stadium dan saya sendiri menyaksikan ketidakcekapan pengadil perlawanan itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan itu.
Photo: Kau.... xpenah g stadium... sume g... smgt last game...
Beliau juga mendakwa perkara sama turut berlaku semasa Johor DT menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, pada 22 Jun lepas dengan perlawanan itu berkesudahan seri 1-1.
Selepas gagal menghadiahkan Piala FA 2013, pasukan ’Harimau Selatan’ itu mempunyai peluang terbaik menebus kekecewaan itu dengan kemenangan ke atas Selangor dan tiket Piala Asia 2014. - Bernama

No comments:

Post a Comment