Google+ Followers

Saturday, 6 July 2013

Bashar al-Assad puas hati

Beirut: Presiden Bashar al-Assad semalam memuji protes yang berlaku di Kaherah dan berkata, penyingkiran pemimpin Islam itu bermakna berakhirnya “politik Islam” di negara berkenaan.
Kata Bashar, rakyat Mesir sudah menemui “penipuan” Ikhwanul Muslimin. Bercakap kepada stesen akhbar al-Thawra semalam, Bashar berkata, apa yang berlaku di Mesir adalah kejatuhan politik Islam.
“Itulah nasib sesiapa saja di dunia yang cuba menggunakan agama untuk berpolitik atau kepentingan pihak tertentu,” katanya. Sebelum ini, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zoubi menggesa Mohamed Mursi berundur selaras dengan “kehendak rakyat” negara itu. Kata Omran, Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan pengganas dan menjadi alat kepada AS. - AP