Thursday 4 July 2013

Adly Mansour angkat sumpah presiden sementara Mesir

KAHERAH: Ketua Hakim Negara, Adly Mansour hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden sementara Mesir, sehari selepas pasukan tentera menggulingkan Mohamed Morsi berikutan bantahan besar-besaran selama seminggu oleh orang awam.

"Saya bersumpah untuk mengekalkan sistem republik, dan menghormati perlembagaan dan undang-undang serta menjaga kepentingan rakyat," kata Mansour.
selepas mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Mahkamah Perlembagaan Agung.Pegawai kerajaan mengalu-alukan pengisytiharan itu dengan disambut tepukan gemuruh. 


Upacara angkat sumpah itu disiarkan secara langsung di televisyen tempatan, selepas pihak tentera menggulingkan Morsi, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment