Tuesday 23 April 2013

Van Doorn mahu terbit filem Nabi



Van Doorn mahu terbit filem Nabi
Van Doorn (kiri) menerima sebuah al-Quran daripada Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdulrahman Al-Sudais sewaktu mengadakan umrah di Makkah, Ahad lalu.
MADINAH - Bekas anggota Parti Kebebasan haluan kanan dan berfahaman anti-Islam Belanda, Arnoud van Doorn, yang memeluk Islam pertengahan bulan lalu, mengumumkan rancangannya menerbitkan sebuah filem  mengenai kemuliaan peribadi Nabi Muhammad SAW.

Dipetik Agensi, dalam satu temu bual eksklusif bersama media Arab Saudi, van Doorn berkata beliau akan menumpukan sepenuhnya kehidupannya dalam menyampaikan mesej Islam sebenar menerusi filem tersebut sebagai usaha melindungi hak masyarakat Islam di negara Eropah dan dunia.

"Saya akan melindungi hak orang Islam di seluruh Eropah serta berkhidmat untuk agama ini bersama masyarakat Islam dunia.

"Saya mahu memperbetulkan semula kesilapan dan tanggapan negatif yang pernah saya buat terhadap Islam dan Rasulullah," katanya.

Van Doorn, dilaporkan turut mengunjungi Masjid Nabawi, Madinah yang terkenal sebagai masjid pertama didirikan Rasulullah semasa peristiwa Hijrah.

Sebelum ini, Van Doorn merupakan rakan karib pemimpin parti berkenaan Geert Wilders, berkeras menghina Islam di seluruh Eropah.

No comments:

Post a Comment