Tuesday 23 April 2013

PATI TIDAK DIBENAR TERLIBAT PRU 13


Tindakan tegas jika upah PATI pasang bendera parti


KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk tempatan yang mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasang bendera parti politik sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, PATI dilarang daripada melakukan aktiviti berkaitan pilihan raya dan mencampuri urusan politik di negara ini.
"Parti politik tidak boleh memberi sub kontrak kepada orang bukan warga Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan," katanya pada taklimat media PRU-13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.
Ramli berkata, rakyat Malaysia yang mengupah PATI untuk melakukan kerja berkaitan pilihan raya boleh didakwa mengikut Peraturan Imigresen dan Akta Imigresen 1959/1963. - Bernama

No comments:

Post a Comment