Google+ Followers

Friday, 12 April 2013

11 KORBAN BANJIR DI INDONESIA


Banjir di Indonesia ragut 11 nyawa


JAKARTA 12 April - Sebanyak 11 orang dilapor terbunuh dan beribu-ribu lagi terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat ekoran bencana banjir yang melanda Pulau Jawa sepanjang minggu ini.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nughoro berkata, kebanyakan mangsa terbunuh akibat dihanyutkan arus deras banjir.

Katanya, lebih 23,000 buah rumah di kawasan Jawa Tengah dan Jawa Timur ditenggelami air dan kebanyakan penduduk yang terjejas berlindung di rumah saudara-mara dan bangunan-bangunan kerajaan. - AFP