Sunday 7 April 2013

Rahsia fail putih Sulu




LAHAD DATU: Dua lagi lelaki warga asing ditahan pasukan keselamatan bersama satu fail putih mengandungi dua surat Kesultanan Sulu dalam satu operasi di Kampung Tanjung Batu, Pulau Bum Bum, Semporna, awal pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pihak keselamatan turut menemui beberapa senjata berbahaya bersama dua lelaki terbabit yang berusia 20-an, sekali gus mengaitkan mereka dengan aktiviti pencerobohan pengganas di perairan pantai timur Sabah.
"Mereka ditahan jam 6.30 pagi tadi dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kami turut menemui fail putih mengandungi surat Kesultanan Sulu selain senjata menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka terbabit dengan aktiviti pengganas di negeri ini.
"Ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA kini meningkat kepada 135 orang dan jumlah penceroboh yang ditembak mati seramai 70 orang," katanya kepada media, di sini, hari ini.
Credit: Ardyhansah Amat

No comments:

Post a Comment