Saturday 20 April 2013

Trup pertama selamat pulang


Subang Jaya: Kumpulan trup pertama terdiri daripada enam pegawai dan 154 anggota lain-lain pangkat yang berkhidmat dalam Op Daulat di Lahad Datu sejak 13 Februari lalu selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam.
Kumpulan terbabit yang tiba pada jam 6.50 petang disambut Panglima 10 Briged PARA Brigedier Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tun Chick yang turut melahirkan rasa syukur kumpulan terbabit berjaya menjalankan misi mereka dan selamat pulang.

Malah, sebahagian anggota dan pegawai turut melakukan sujud syukur sejurus tiba di lapangan terbang itu selepas mereka berkhidmat di Lahad Datu hampir dua bulan.

No comments:

Post a Comment