Google+ Followers

Tuesday, 23 April 2013

REDAH HUTAN PALING BAHAYA UNTUK KE SEKOLAH


Murid gadai nyawa untuk ke sekolah


PADANG PARIAMAN, Sumatera Barat - Sekumpulan pelajar di perkampungan Sumua Bana di sini terpaksa meredah laluan paling berbahaya di dunia untuk ke sekolah, lapor akhbar thesun.co.uk kelmarin.
Laluan tersebut dianggap berbahaya sekali pun menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Namun, kumpulan kanak-kanak itu berjalan kaki meredah laluan yang mencabar tersebut pada setiap hari untuk ke sekolah.
Mereka juga terpaksa melintasi sebuah jambatan rosak untuk pulang ke rumah di perkampungan Sumua Bana.
Jambatan yang digunakan kumpulan kanak-kanak tersebut hampir musnah ekoran gempa bumi yang menimpa Indonesia pada tahun 2008.
Walaupun orang ramai gentar hendak menggunakan jambatan tersebut kumpulan kanak-kanak berkenaan menganggap ia satu cabaran yang terpaksa ditempuh untuk ke sekolah pada setiap hari. - Agensi