Google+ Followers

Friday, 12 April 2013

Hamza lakar sejarah PDRM



KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib melakar sejarah sebagai ketua polis negeri pertama yang dianugerahkan pangkat Komisioner Polis (CP) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, kenaikan pangkat daripada Deputi Komisioner Polis (DCP) itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (SPP) berkuat kuasa semalam.
“Beliau merupakan ketua polis negeri yang pertama memangku pangkat CP dalam PDRM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Lazimnya, ketua polis negeri memegang pangkat DCP manakala pangkat CP dipangku oleh Pengarah di lapan buah jabatan utama di Bukit Aman.
Antara pengarah yang menjawat pangkat CP termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Credit:  NASRUL FAIZ ABU AZAL