Saturday, 13 April 2013

Kereta peronda Lamborghini



Kereta peronda Lamborghini
Model Lamborghini Aventador diperkenalkan sebagai kereta peronda polis Dubai pada tahun ini.
DUBAI, sebuah bandar kaya di Emiriah Arab Bersatu mengorak satu lagi langkah ke hadapan apabila menggunakan model kereta sport Lamborghini Aventador bernilai £294,665 (RM1.4 juta) sebagai jentera peronda polis dalam bandar.

Dipetik Mail Online, jurucakap pihak berkuasa Dubai berkata, kereta peronda polis mewah itu mula digunakan sejak bulan lalu dan telah diubah suai menjadi kereta peronda berkuasa tinggi dan mampu mengejar penjenayah di kawasan lebuh raya.

"Pihak berkuasa Dubai membuat keputusan menggunakan model Aventador sebagai jentera terbaru dalam membanteras jenayah jalanan kerana ia mampu memecut 217 kilometer sejam," katanya.

Pihak berkuasa Dubai juga telah menyebarkan berita mengenai pemilihan rekaan model kereta terbaru untuk diguna pakai sebagai jentera peronda ke laman sosial tempatan.

Tahun lalu, Polis Dubai mengguna pakai model pacuan empat roda, Kia Mohave sebanyak 50 unit dan 35 daripadanya dijadikan sebagai jentera peronda polis.
Credit: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment