Friday 12 April 2013

Pesakit STB boleh mati mengejut


KUALA LUMPUR – Kira-kira 80 peratus penduduk di negara ini tidak menyedari mereka sebenarnya penghidap Sindrom Tidur Berapnea (STB) iaitu sejenis penyakit yang boleh mengakibatkan kematian mengejut kerana saluran pernafasan tersumbat semasa tidur.
Pensyarah di Jabatan Otorinolaringologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Abdullah Sani Mohamed berkata, STB menjadi pembunuh senyap kerana penyakit tersebut tidak dapat dikesan atau dibuktikan melalui ujian saintifik.
“Tiada ujian yang dapat membuktikan STB penyebab kepada kematian mengejut semasa tidur kerana pesakit kebiasaannya akan tercekik semasa bernafas dan menyebabkan bekalan oksigen menjadi kurang.
Credit: NOR SYARIZA MUHD. TAHIR

No comments:

Post a Comment