Monday 15 April 2013

LELAKI TELAN CINCIN EMAS RM 9731


Polis temui cincin yang ditelan lelaki


MANCHESTER, New Hampshire - Polis menyatakan, sebentuk cincin yang bernilai AS$3,200 (RM9,731) yang ditelan oleh seorang lelaki Amerika Syarikat semasa satu percubaan merompak di sebuah kedai barang kemas berjaya ditemui semula.
Pihak berkuasa mengemukakan pendakwaan melakukan rompakan dan memalsukan bukti terhadap lelaki berkenaan, Ronald Perley yang berusia 52 tahun.
Ia ditemui semasa ujian X-ray menunjukkan cincin emas 14 karat di dalam perut Perley.
Menurut laporan stesen televisyen WMUR-TV, polis di New Hampshire telah menemui cincin tersebut kelmarin.
Perley dituduh pergi ke sebuah kedai pada Khamis lalu dengan meminta untuk melihat cincin pertunangan.
Menurut beberapa pekerja, lelaki berkenaan kemudian memegang cincin tersebut dan menelannya selepas berlaku perbalahan.
Polis menyatakan, imej daripada kamera pemantauan menunjukkan Perley mengambil cincin itu sebelum meletakan tangan ke mulutnya.
Perley kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$50,000 (RM152,060). - AP

No comments:

Post a Comment