Google+ Followers

Tuesday, 9 April 2013

MENGUNDI GE13 PADA 5 MEI 2013


PRU-13: 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi 5 Mei ini



PUTRAJAYA 10 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal.


Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daripada jumlah itu, 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, jumlah pemilih itu yang layak membuang undi pada 5 Mei ini ialah berdasarkan daftar pemilih digazetkan esok (11 April).

PRU-13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).