Friday 12 April 2013

Maut ditanduk kerbau baru dibeli


Seremban: Seorang lelaki maut ditanduk kerbau yang tiba-tiba naik minyak ketika mahu memasukkan ternakan baru dua hari dibeli itu ke kandang dari lori di Kampung Ulu Rantau, Sungai Gadut, di sini, Selasa lalu.
Mangsa, A Then Arasan, 36, yang parah di bahu kiri disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kerbau berkenaan yang lari ke arah kebun kelapa sawit berhampiran kandang itu turut menanduk dua lelaki warga asing namun mereka hanya cedera ringan.
Sumber berkata, dua kerbau itu dibeli dari Tampin dan ditambat di pokok berhampiran lokasi kejadian.

“Ketika mangsa hendak memasukkan ke kandang, seekor daripada kerbau itu bertindak agresif, mengejar dan menanduk bahu mangsa sehingga menyebabkannya terpelanting. Kerbau itu kemudian berlari ke arah kebun sawit berhampiran sebelum menanduk dua lelaki warga asing berusia 20-an dan 30-an.

“Lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu disahkan meninggal dunia ketika dihantar ke hospital,” katanya.

No comments:

Post a Comment