Friday, 12 April 2013

'Polis usah bias'

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pegawai dan anggotanya tidak berat sebelah dalam mengambil tindakan terutama sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 

Beliau berkata, pendekatan itu penting ke arah menjaga integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku penguat kuasa undang-undang di negara ini.


Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu menjamin keamanan serta keselamatan dan secara langsung menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal, katanya di laman sosial Facebook PDRM, semalam. 



Beliau berkata, kerancakan kempen mengenai ideologi politik boleh menyebabkan ancaman kepada ketenteraman awam, sama ada menjelang, semasa atau selepas pilihan raya. 

Dalam konteks sekarang, semua tindak-tanduk kita mungkin akan diperhatikan satu persatu oleh semua pihak yang berkepentingan. 

Kesiapsagaan perancangan dan keperluan logistik serta komunikasi perlu ada di tahap terbaik untuk memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar, katanya.

No comments:

Post a Comment