Friday, 19 April 2013

Pengebom maraton adik beradik



    • Anggota polis mengepung sebuah pangsapuri ketika mengejar suspek kedua pengebom Maraton Boston di Watertown, Massachusetts.
  • Foto
  • Foto
    FBI menyiarkan foto Tamerlan dan Dzhorkhar.
  • Foto
    Mangsa letupan bom di Maraton Boston (dari kiri) Martin Richard, 8, Krystle Campbell, 29, dan pelajar Universiti Boston dari China, Lingzi Lu.
Polis tembak mati seorang suspek, buru lelaki kedua dari rumah ke rumah
Watertown: Polis menembak mati seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan bom Maraton Boston baru-baru ini selain memeriksa dari rumah ke rumah ketika memburu suspek kedua di sini sejak malam kelmarin.

Pengebom juga didedahkan sebagai adik beradik iaitu Tamerlan, 26, dan Dzhokhar Tsarnaev, 19, keturunan Chechen yang memiliki status pemastautin tetap Amerika Syarikat. 


Foto

Laporan lain menyatakan, Dzhokhar dilahirkan di Kyrgyzstan dan memiliki lesen memandu Massachusetts manakala Tamerlan dipercayai lahir di Russia. 

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk kawasan Newton, Waltham, Belmont, Cambridge dan Allston-Brighton supaya tidak keluar rumah dan tidak membuka pintu kecuali diketuk anggota polis.

Ia berikutan pembunuhan seorang polis universiti manakala seorang polis transit cedera sebelum mencuri sebuah kenderaan yang dikejar polis sebelum seorang suspek, Tamerlan, mati ditembak.

Polis buru Dzhokhar 

Polis berkata, mereka memburu Dzhokhar, suspek memakai topi berwarna putih mengikut gambar rakaman kamera yang disiarkan kelmarin. 


Foto

Rakaman itu dibuat sebelum beberapa letupan yang membunuh tiga orang dan mencederakan 176 orang lagi dekat garisan penamat Maraton Boston.

Semalam, pihak berkuasa mengawal sepenuhnya Boston, menghentikan sistem pengangkutan dan mengarahkan penduduk tidak keluar rumah ketika buruan suspek diteruskan.

Dalam kejadian membawa kematian seorang suspek, pegawai berkata, anggota polis mendekati dua lelaki berkenaan yang disusuli tembak menembak dan seorang suspek ditembak dan dibawa ke hospital sebelum mati.

Suspek pengganas
“Kami percaya, mereka adalah pengganas. Lelaki terbabit datang ke sini untuk membunuh. Kami perlu menahannya,” kata Pesuruhjaya Polis Boston, Ed Davis mengenai buruan suspek kedua.

Kejadian dramatik itu berlaku selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiarkan gambar dan video dua suspek membawa beg galas dan memakai topi besbol beberapa minit sebelum letupan berlaku.

Lima jam kemudian, seorang polis universiti ditembak mati di kampus Institut Teknologi Massachusetts (MIT).

Tidak lama selepas itu, polis dimaklumkan sebuah kereta dicuri dua lelaki yang membawa pemiliknya di dalam kenderaan selama setengah jam sebelum membebaskannya.

Polis mengejar kenderaan itu ke Watertown apabila beberapa butir bom dilempar ke arah kereta polis dan tembak menembak berlaku. - REUTERS

No comments:

Post a Comment