Google+ Followers

Friday, 12 April 2013

Polis tumpaskan sindiket warga Afrika tipu pemilik akaun bank


5 lelaki Afrika, seorang wanita tempatan ditahan kes tipu Internet


KUALA LUMPUR 12 April - Polis menahan lima lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan internet dalam serbuan di Taman Putra Perdana dan Bandar Bukit Puchong dekat sini Selasa lalu.

Photo: POLIS TUMPASKAN SINDIKET WARGA AFRIKA TIPU PEMILIK AKAUN BANK

Kuala Lumpur, 12 April - Taktik sekumpulan warga Afrika yang
disyaki mencuri maklumat perbankan menerusi Internet dan memperdaya pemilik akaun bank, terbongkar dengan tertangkapnya lima lelaki serta seorang wanita tempatan yang dipercayai dijadikan keldai siber, Rabu lepas.

Dalam serbuan pertama oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, polis menahan seorang wanita berusia 20-an di sebuah bank di Petaling Jaya.

Timbalan Pengarah 2 JSJK (Risikan/Operasi) Datuk Rodwan Mohd Yusuf berkata penahanan wanita itu yang dipercayai digunakan sindiket warga Afrika berkenaan untuk menyalurkan wang yang dipindahkan daripada akaun mangsa, membawa polis kepada sindiket tersebut yang beroperasi di dua rumah teres, di Taman Putra Perdana dan Bandar Bukit Puchong, Puchong, dekat sini.

"Kelima-lima lelaki ini yang berusia 25 hingga 35 tahun, memasuki Malaysia sebagai pelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas enam unit komputer riba, 10 unit telefon bimbit, surat tawaran belajar dan beberapa peranti jalur lebar yang dipercayai digunakan anggota sindiket itu untuk menjalankan kegiatan penipuan terbabit.

Katanya taktik sindiket warga Afrika itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang mangsa, seorang wanita, yang mendakwa ditipu sebanyak RM5,000 selepas memasukkan data peribadi setelah menerima e-mel, kononnya dari pihak bank untuk mengemas kini maklumat.

Rodwan berkata wanita itu yang mensyaki ditipu, membuat laporan polis selepas menerima panggilan dari bank bahawa berlaku transaksi akaun miliknya kepada akaun pihak ketiga.

"Hasil siasatan kita mendapati sindiket ini dipercayai pernah menjalankan kegiatan yang sama ke atas seorang mangsa di Batu Gajah dua tahun lepas, yang dipercayai ditipu sebanyak RM6,000," katanya.

Beliau berkata lima lelaki serta wanita berkenaan kini ditahan reman mulai semalam hingga 14 April bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer. - BERNAMA



Taktik sekumpulan warga Afrika yang disyaki mencuri maklumat perbankan menerusi Internet dan memperdaya pemilik akaun bank, terbongkar dengan tertangkapnya lima lelaki serta seorang wanita tempatan yang dipercayai dijadikan keldai siber, Rabu lepas.
Dalam serbuan pertama oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, polis menahan seorang wanita berusia 20-an di sebuah bank di Petaling Jaya.

Lima lelaki Nigeria, seorang wanita tempatan diberkas
Timbalan Pengarah 2 JSJK (Risikan/Operasi), Datuk Rodwan Mohd. Yusuf berkata, penahanan wanita itu yang dipercayai digunakan sindiket warga Afrika berkenaan untuk menyalurkan wang yang dipindahkan daripada akaun mangsa, membawa polis kepada sindiket tersebut yang beroperasi di dua rumah teres, di Taman Putra Perdana dan Bandar Bukit Puchong, Puchong, dekat sini.
"Kelima-lima lelaki ini yang berusia 25 hingga 35 tahun, memasuki Malaysia sebagai pelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas enam unit komputer riba, 10 unit telefon bimbit, surat tawaran belajar dan beberapa peranti jalur lebar yang dipercayai digunakan anggota sindiket itu untuk menjalankan kegiatan penipuan terbabit. - Bernama