Monday, 22 April 2013

PENGEBOM BOSTON BERISIKO DIHUKUM MATI


Remaja Chechen boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan pengemboman maraton Boston




WASHINGTON: Dzhokhar Tsarnaev, remaja Chechen yang menjadi suspek dalam insiden letupan bom ketika maraton Boston minggu lalu, didakwa menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan boleh dikenakan hukuman mati, jika sabit kesalahan, kata Jabatan Peguam Negara, Amerika Syarikat. 

Tsarnaev, 19, juga didakwa dengan satu tuduhan berniat jahat memusnahkan harta benda dengan menggunakan bahan letupan berbahaya, kata jabatan itu dalam dalam satu kenyataan.


Suspek terbabit kini masih berada di hospital dan keadaannya dilaporkan serius. 


Tuduhan ke atas suspek, jika sabit kesalahan, adalah hukuman mati atau penjara seumur hidup atau apa-apa tempoh tahun, kata kenyataan itu. 

"Walaupun siasatan kami berterusan, tuduhan hari ini mengakhiri suasana tragis selama seminggu di bandar Boston, dan negara kita," kata Peguam Negara, Eric Holder. - AFP 

No comments:

Post a Comment