Monday 22 April 2013

GANGGUAN ALAM HENTIKAN UCAPAN TPM


Ucapan TPM dihentikan kerana hujan lebat, angin kencang, elektrik terputus



PAGOH 21 April - Ucapan Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya di sini, terpaksa dihentikan kerana hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Keadaan itu membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhenti berucap seketika pukul 11.30 pagi dan menyambung semula ucapannya 15 minit kemudian.

"Ini sesuatu yang luar biasa (perasmian dalam hujan lebat), Tapi ini rahmat untuk UTHM. Ini adalah satu cabaran awal dalam usaha menjadikan universiti yang cemerlang," katanya apabila menyambung semula ucapan beliau.

Credit: ZULHISHAM ISAHAK

No comments:

Post a Comment