Google+ Followers

Friday, 12 April 2013

Senjata api dalam paya


Lahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.
Foto
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian melambaikan tangan ke arah helikopter tentera yang dinaiki Zulkifeli (kiri) ketika melawat kampung itu, semalam.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.


Credit:  Ardyhansah Amat