Tuesday, 23 April 2013

56 PELAJAR TERHIDU GAS BERACUN

Alor Setar: Seramai 56 pelajar Sekolah Menengah (SM) Seri Pantai, Kuala Kedah, masing-masing seorang waris dan guru, dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini selepas sesak nafas, muntah dan pening dipercayai terhidu gas beracun, semalam. 

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, semua pelajar Tingkatan Empat dan Lima sekolah itu dipercayai terhidu gas berkenaan ketika belajar sebelum mereka mula muntah, pening kepala dan sesak nafas.


Berikutan itu, mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Kedah untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke HSB. 



Alami gejala sama 
Seorang waris, iaitu ibu seorang daripada pelajar terbabit yang sedang menunggu anaknya turut mengalami gejala sama dan dihantar ke HSB. 

Pihak sekolah mengarahkan guru dan pelajar lain pulang. 

Pelajar Tingkatan Lima, Shazlin Shamsudin, 17, berkata, dia ternampak seorang demi seorang rakannya rebah ke lantai sambil memberitahu pening dan sesak nafas. 


Ketika itu, saya cuba memapah seorang rakan keluar dari kelas tetapi malangnya saya turut pening dan sesak nafas sebelum rebah, katanya. 

Ketika itu dia bersama 23 lagi rakannya sedang belajar subjek Bahasa Malaysia dan tidak lama selepas itu guru mengarahkan mereka pergi ke dewan untuk menyelamatkan diri. 

No comments:

Post a Comment