Monday 8 April 2013

2 LAGI SEKOLAH BEROPERASI DI LAHAD DATU


SK Tanjung Labian dan SK Lok Buani dibuka semula hari ini



LAHAD DATU - Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani di sini yang ditutup lebih sebulan berikutan insiden pencerobohan militan Sulu dibuka semula mulai hari ini.
Dengan ini, semua sekolah di dalam kawasan zon Ops Daulat dekat Felda Sahabat memulakan sesi persekolahan seperti biasa.
Guru Besar SK Tanjung Labian, Sakka Labacho berkata, pada hari pertama ini, hanya 151 murid berbanding sejumlah 253 murid yang hadir kerana yang lainnya masih ditempatkan di kawasan penempatan sementara atau menumpang di sekolah lain.
Beliau berkata, pihaknya sedang menguruskan bantuan pakaian dan peralatan sekolah untuk sebilangan murid dan mereka dijangka menerima bantuan berkenaan dalam masa terdekat.
Untuk sementara ini, mereka dibenarkan berpakaian biasa untuk ke sekolah.
Credit: Bernama

No comments:

Post a Comment