Google+ Followers

Saturday, 6 April 2013

Lelaki Sulu Didakwa Miliki kad Pengenalan Palsu


MELAKA – Seorang lelaki Sulu yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012 sejak 8 Mac lalu dihadapkan ke dua mahkamah berasingan di sini semalam atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.
Untuk kesalahan pertama, Iskandar Azlan Al-Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret manakala tuduhan kedua pula dia didakwa di Mahkamah Sesyen.
Warga Filipina itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan palsu dengan menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla pada pukul 7 malam di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga di sini.
Credit: ROSLI HASSAN