Google+ Followers

Tuesday, 4 December 2012

UPM bakal jadi destinasi pelancongan negara


SERDANG — Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal menjadi destinasi pelancongan penting di negara ini dengan memperkenalkan pelbagai produk menarik berasaskan agropelancongan dan semulajadi yang sedia ada di universiti itu.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, bagi menentukan pelan, hala tuju dan strategik menjayakan misi tersebut, satu jawatankuasa khas akan dibentuk yang diketuai ketua setiausaha kementerian itu bersama pegawai UPM.
"Ini bukan satu program berbentuk pesta tetapi kita mahu setiap hari sepanjang tahun pelancong datang ke sini (UPM) melihat dan mengenali pelbagai tanaman, pokok, buah-buahan dan pelbagai tarikan unik termasuk program seni dan budaya di universiti ini.
"Kita dimaklumkan terdapat 140 klon durian di universiti ini. Ia juga boleh jadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Jadi kementerian akan adakan satu pilot projek bersama UPM untuk mendapatkan pandangan, kenali lokasi dan produk pelancongan yang menarik,” katanya.
 
Katanya, dalam menjayakan misi tersebut, UPM juga perlu melahirkan pemandu pelancongan yang berkaliber dalam kalangan pelajar yang boleh menyumbangkan pendapatan dan kerjaya kepada mereka. Credit: BERNAMA