Google+ Followers

Wednesday, 26 December 2012

Teater Purba


Teater empayar Rom ditemukan

KENT 26 Dis. - Sekumpulan pakar arkeologi Britain berjaya menemukan tapak kompleks teater tinggalan empayar Roman ketika Zaman Gangsa dipercayai berusia kira-kira 2,000 tahun di Faversham, di sini.

Pengasas Sekolah Arkeologi Kent, Dr. Paul Wilkinson percaya, ia merupakan kompleks pertama seumpamanya ditemukan di Britain.

Lebih menarik lagi, kompleks yang hampir menyamai bentuk ruang kokpit sebuah pesawat dan mampu menempatkan 12,000 penonton itu hanya terletak bersebelahan pejabatnya di sekolah tersebut.

Kompleks teater itu dipercayai digunakan bagi acara keagamaan, dijangka menarik perhatian peminat sejarah di Britain dan juga seluruh dunia.

Dr. Wilkinson berusaha mempertahankan penemuan unik itu dengan menghantar permohonan menjadikannya sebagai tapak monumen bersejarah bagi tatapan generasi akan datang.

“Kami tidak sangka dengan penemuan yang sangat mengagumkan ini. Lebih menarik lagi, ia terletak hanya di sebelah pejabat saya," katanya yang memulakan pencarian bersama kumpulannya sejak 2007.

Menurutnya, terdapat kira-kira 150 kompleks teater Roman di utara Eropah, namun tidak ada satu pun di Britain sehinggalah tapak itu ditemukan. - AGENSI