Google+ Followers

Wednesday, 19 December 2012

Konflik Syria sudah ragut 44,000 nyawa



BEIRUT: Lebih 44,000 terbunuh di Syria sejak tercetusnya pemberontakan menentang rejim pemerintahan kerajaan pada Mac 2011, demikian lapor badan hak asasi manusia hari ini. 

“Sekurang-kurangnya 44,063 orang terbunuh dalam tempoh 21 bulan lalu," kata Pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman. 


Beliau berkata, daripada jumlah itu, 30,819 membabitkan orang awam, 1,482 pemberontak, 10,978 tentera dan 784 orang lagi yang identitinya gagal dikenal pati. 

 


Badan itu mendawa, ramai orang awam menjadi pemberontak mengangkat senjata api untuk menentang rejim pemerintahan sekarang. 
 

Angka sebenar mereka yang terbunuh adalah lebih tinggi daripada anggaran yang dikeluarkan," katanya. - AFP