Monday 24 December 2012

Chile isytihar amaran letupan gunung berapi


PEMANDANGAN gunung berapi Copahue ketika memuntahkan debu dan lahar berdekatan Caviahue, wilayah Neuquen, Argentina, kira-kira 1500 kilometer barat daya Buenos Aires, hari ini. - Foto AFPPEMANDANGAN gunung berapi Copahue ketika memuntahkan debu dan lahar berdekatan Caviahue, wilayah Neuquen, Argentina, kira-kira 1500 kilometer barat daya Buenos Aires, hari ini. - Foto AFP
SANTIAGO: Chile hari ni mengeluarkan amaran kemungkinan letupan Gunung Berapi Copahue di selatan sempadan Andean dengan Argentina selepas ia berpotensi mengeluarkan ancaman besar. 



Pejabat Kecemasan Negara mengeluarkan amaran tetapi tidak mengarahkan sebarang pemindahan membabitkan penduduk kerana tiada bandar berdekatan kawasan berisiko berkenaan. 
"Tahap isyarat seismik menunjukkan letupan sedang dalam proses di bahagian kecil tetapi kami tidak mahu menolak kemungkinan aktiviti itu mungkin dalam bentuk letupan besar," kata kenyataan Pejabat Geologi dan Perkhidmatan Perlombongan. 



Gunung berapi setinggi 2,965 meter itu terletak di antara sempadan dua negara tetapi kedudukan kawah gunung berkenaan lebih di bahagian Argentina. - AFP 

No comments:

Post a Comment