Google+ Followers

Sunday, 23 December 2012

Lebih 700 warga Palestin terkorban dalam konflik Syria


KAHERAH: Lebih 700 penduduk Palestina terkorban di Syria sejak konflik tercetus kira-kira 21 bulan lalu, kata pegawai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 

"Lebih 700 warga Palestin terkorban di Syria sejak permulaan konflik termasuk di khemah pelarian Yarmuk di selatan Damsyik. 
"Kami sudah meminta pihak berkuasa Syria supaya tidak mengheret rakyat Palestin ke dalam konflik ini," kata pegawai PLO, Zacharia al-Agha. 


Lewat semalam, beberapa roket dilepaskan ke khemah pelarian yang menjadi lokasi pertempuran di antara penyokong dan angkatan anti regim selama beberapa hari sepanjang minggu lalu. - BH/AFP