Google+ Followers

Wednesday, 19 December 2012

Detik-detik lelaki China tikam 23 kanak-kanak



IMEJ dari sebuah kamera keselamatan menunjukkan Yongjun yang memegang sebilah pisau menyerang seorang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, China pada Jumaat lalu.


BEIJING - Pihak polis kelmarin menyiarkan imej yang dirakamkan dari kamera keselamatan mengenai detik-detik seorang lelaki, Min Yongjun mengamuk dengan menikam 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, wilayah Henan.
Yongjun, 36, menikam seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itu menggunakan pisau.
Anggota-anggota polis dan guru kemudian berjaya menangkapnya dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.
Menurut siasatan awal polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini.
Ekoran kejadian itu, agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa lalu, dua guru besar, dua pegawai polis, seorang pegawai keselamatan dan pegawai pelajaran dipecat.
Kanak-kanak yang cedera itu berusia enam hingga 12 tahun.
Kebanyakan mereka mengalami luka yang serius di kepala dan tangan. - Agensi