Google+ Followers

Tuesday, 18 December 2012

126 spesies baru ditemui


Kombinasi gambar antara spesies baru ditemui di Lembah Mekong, dari atas  ikan keli   ‘boleh berjalan’, ikan kecil berwarna terang dan katak yang boleh menyanyi seperti burung.Kombinasi gambar antara spesies baru ditemui di Lembah Mekong, dari atas ikan keli ‘boleh berjalan’, ikan kecil berwarna terang dan katak yang boleh menyanyi seperti burung.
Bangkok: Saintis mengenal pasti sekurang-kurangnya 126 spesies baru tumbuhan, burung, katak, kelawar dan ikan di Lembah Mekong, kata Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) di dalam laporan terbarunya. 

Pengurus WWF bagi projek Khas Lembah Mekong Nick Cox, berkata, antara spesies terbaru yang ditemui termasuk sejenis katak boleh menyanyi seperti burung, spesies ikan keli boleh ‘berjalan’, ular kapak mata merah dan pelbagai jenis bunga. 
Katanya penemuan 126 spesies baru itu dilaporkan di wilayah Lembah Mekong dinegara Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam Laos dan wilayah Yunnan di barat laut China. 


Penemuan baru 

“Penemuan spesies baru ini satu berita baik, namun kami berdepan cabaran sukar untuk mengekalkan spesies dan memulihkan alam sekitar kerana pelbagai masalah. 

“Pembinaan stesen jana kuasa elektrik, penebangan hutan dan perubahan cuaca adalah ancaman kepada spesies baru untuk terus hidup,” katanya. 

Cox berkata spesies kelawar hidung besar ditemui di Vietnam, bergantung kepada hutan tropika dan kehilangan habitat semula jadi mengancam kehidupannya dengan cepat. 
Spesies lain seperti ular sawa ekor pendek yang ditemui di Myanmar, menghadapi masalah pemburuan haram untuk daging dan kulitnya. - Agensi