Tuesday 18 December 2012

Pelajar 11 tahun di AS ditahan bawa pistol ke kelas


LOS ANGELES: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun didakwa memiliki senjata selepas didapati membawa pistol ke sekolah berikutan kebimbangan mengenai pembunuhan beramai-ramai ala-Connecticut, kata jurucakap sekolah itu hari ini. 

Kanak-kanak lelaki berkenaan membawa sepucuk pistol 0.22 kaliber ke dalam kelas semalam di Sekolah Rendah West Kearns di Kearns, Utah, pinggir bandar Bandar Salt Lake. Dia didakwa mengugut rakan sekelasnya menggunakan pistol sebelum kes ini dilaporkan. 
“Beliau mendakwa perlu membawa pistol berkenaan bagi melindungi diri dan rakannya daripada menjadi mangsa insiden ala Connecticut,” kata jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah Granite, Ben Horsley. 


“Rakan kanak-kanak berkenaan mendapati beliau membawa pistol dan kemudian melaporkan kepada guru sebelum ditahan dan dibawa ke pejabat pengetua. 

“Pistol berkenaan ditemui di dalam beg pelajar terbabit tanpa sebarang peluru. Bagaimanapun, beliau memiliki peluru bersamanya. Pistol berkenaan belum dikenal pasti sama ada digunakan sebagai senjata atau tidak,” katanya. - BH/AFP

No comments:

Post a Comment