Saturday, 22 December 2012

Traffic Light, Jatuhnya Ketua CIA



(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
$entry.content.caption.value
LONDON, JUMMAT 21 DISEMBER. Pernahkah terlintas di hati anda perlu atau tidak traffic lights? Kedatangannya di Kota Bharu dalam 1960an dan di Kok Lanas 2000an merupakan simbol kedua-dua bandar ‘sudah tiba’ – yakni sudah sezaman dengan bandar dan pekan lain  di Pantai Barat semenanjung.

Di London, lampu trafik pertama telah dipasangkan pada tahun 1868, berhampiran Houses of Parliament dan telah meletup tidak lama selepas selesai dipasang. Kata Speaking: “owing to a leaky gas main”.

Seorang kolumnis Daily Mail menyatakan kehadiran traffic lights dianggap sebagai safety harzard – keselamatan juga satu risiko dan a nuisance yakni sesuatu yang mengganggu. Selepas tahun 1929, traffic lights tumbuh dengan cepat; proliferate dalam bahasa Inggeris. Kini terdapat sebanyak 25,000 traffic lights di London dan sekitarnya, satu pertiga pertumbuhan semenjak satu dekad dahulu.

Bukan semuanya traffic lights berkesan sebagai satu form yang cekap mengawalkan kehidupan atau sosial kontrol. Saya telah lama tidak memandu kereta semenjak awal 1960an lagi sebab sudah ada pemandu. Kadangkala saya lebih resah daripada pemandu menanti warna hijau timbul, agak lama.

Ada masa kita menunggu lama kerana line atau barisan kenderaan panjang walhal jalan di sebelah depan, kata Speaking “is perfectly clear – tiada kenderaan”. Ada masa traffic lights ini sebenarnya memanaskan hati, menaikkan darah terang Speaking: “traffic lights are often pestilential”.

Banyak kemalangan berlaku antara warna amber (kuning), hijau dan merah kerana ramai pemandu cuba mengambil peluang memecut kereta sebelum lampu merah timbul.

Trafik atau lalu-lintas dan pengangkutan awam di London jauh lebih baik dari Kuala Lumpur tetapi tidak dianggap baik, padan dengan sebuah ibu kota yang bersejarah negara maju. Saya lazimnya mengguna pengangkutan awam waktu di UK dan di Eropah. Tanya kolumnis yang berkenaan Brian Viner, “so why don’t we just lose most of them? - Jangan pakai banyak sangat lampu trafik”.

Ceritanya lagi, satu dekad dahulu sebuah bandar bernama Drachten (di negara Belanda) Kerajaan Tempatan Drachten menghapuskan 15 set traffic lights dan diganti dengan bulatan (roundabouts) dan lorong basikal yang lebih baik.

Hasilnya menakjubkan: kematian kerana accident turun 50 peratus! Kita tidak boleh ikut Drachten. Satu yang pasti, saya rasa, kalau kita hapuskan traffic lights angka dan peratus kemalangan dan kematian kerana accident akan melambung lebih tinggi lagi. Malaysia bukan Belanda bahkan bukan London.

Pemandu kita adalah dalam kelas tersendiri!  Datuk Bandar London, Boris Johnson (diramal sebagai bakal PM British oleh peminatnya) telah pun menghapuskan dua puluh set traffic lights. Apa kata Datuk Bandar Kuala Lumpur dan bandar lain kalau kita tukar traffic lights dengan bulatan?

Sementara menunggu traffic light bertukar ke hijau saya membaca tentang wanita, seks, politikus dan selebriti. Tegas artikel itu wanita kebanyakannya mempunyai sifat kewanitaan yang cukup lemah lembut serta wajah yang cantik.

Wanita memotivasikan pemimpin/lelaki juga pemusnah mereka kalau wanita berkenaan bermaharajalela.  Zina, satu perbuatan yang terkutuk tetapi amat lumrah.   Seks selain dari wang amat berkesan dan mempunyai impak yang terbesar pada majoriti manusia.

Seks dan wang penggoda tiada bandingan.  Perihal seks di Amerika Syarikat (AS), dari masa ke masa, menjadikan AS sebuah negara jenaka – “it turns itself from time to time into a complete joke” kata Roger Cohen dalam New York Times.

Scandal terbaru, satu kelasik: zina melibatkan General David Petraeus, bekas Panglima Tentera AS dan sekutunya di Iraq dan Afghanistan, dan lepas itu Ketua Spy AS (yakni Direktor CIA), badan perisik terbesar, terulung, terkaya di dunia dengan penulis riwayat hidupnya, Paula Broadwell yang akhirnya menjadi gundiknya. Petraeus ada isteri dan anak, Paula pula suami dan keluarga.

Bahaya, kalau kurang iman, jika biographer pemimpin lelaki wanita yang cantik, selebriti wanita dengan biographer atau penulis memoirnya seorang lelaki yang kacak dan petah. Petraeus meletakkan jawatannya sebagai Ketua CIA selepas mengakui dia telah melakukan hubungan seks dengan Paula atau tegas Speaking, “after admitting to an extramarital affair with Paula”.

Petraeus meletak jawatan tanpa disuruh oleh Presiden Obama berbuat demikian, tidak seperti di negara kita.  Ini satu tradisi yang harus dicontohi – meletak jawatan sebelum diperintah - apabila didapati melakukan sesuatu  atau menjadi suspek dalam isu yang memalukan.

Cerita Petraeus dan Paula satu cerita besar dan luar biasa dalam media AS kerana dia seorang General yang dipandang tinggi, dihormati dan diminati sebahagian besar rakyat AS. L

atar belakang dan kehidupannya baik; dia seorang yang lurus, bermoral dan rumah tangganya bahagia. Akhirnya dia korbankan diri sendiri kerana seorang penggoda yang sangat cekap.

Saya tidak hairan Petraeus tergoda dengan senang. Tetapi saya hairan kenapa Petraeus sebagai spy nombor satu AS dia tidak tahu menyimpan rahsia seks di luar nikahnya?.

Saya juga tertarik hati kerana Menteri Sukan Indonesia, Andi A Mallarangeng meletak jawatan setelah disyaki sebagai suspek rasuah bernilai RM317 juta – bisakah kita ikut tauladan apa yang berlaku di seberang?

Juga Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer, meletakkan jawatan kerana melakukan zina dengan seorang pekerja komuniti dari organisasi yang diasaskan oleh PAP dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri republik itu.

Lazimnya seks luar nikah bukan skandal besar di AS. Satu ketika (1960an) CIA cuba mencemarkan nama Martin Luther King, paderi dan pemimpin civil rights kulit hitam AS yang termasyhur, (hari jadinya kini hari cuti am di AS) dengan mendedahkan  extramarital affairnya.

CIA tidak berjaya kerana masa itu seks di luar nikah normal, sekarang situasi agak berubah; sebenarnya tidak!. Sepatutnya, apa yang dilakukan oleh seorang pemimpin, pegawai hatta paderi atau ustaz pun atas katil tidurnya, di kamar hotel atau dalam kereta  “is nobody’s business” termasuklah badan perisik negara. Itu adalah 'private life' seseorang itu.

Pokoknya berhati-hatilah kalau anda seorang pemimpin, selebriti, pegawai tinggi dan manusia high profile tentang apa yang anda laku dan ingin melakukannya.

Teringat pula pada satu cerita lama. Seorang kenalan didatangi seorang selebriti yang terkenal, juga seorang kenalan saya, menjemputnya menulis biografinya (biografi selebriti itu). Akhirnya mereka bernikah dan bercerai. Sepanjang saya tahu buku masih belum diterbitkan walaupun jodoh telah lama putus.
Credit: Tan Sri Abdullah Ahmad

No comments:

Post a Comment