Google+ Followers

Saturday, 29 December 2012

Ayah Hasan Al Banna, Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al Banna.



Setelah Ikhwan Muslimin di haramkan Syeikh Ahmad Al Banna menyangka anaknya Hasan Al Banna turut ditangkap seperti kawan-kawannya yang lain. 

Dia tidak menyangka anaknya dibunuh dengan begitu kejam. Kematian anaknya dimaklumkan pada jam 1 pagi dan Syeikh Ahmad Al Banna diberi dua pilihan, dia sendiri yang akan menyempurnakan jenazah anaknya atau pihak polis yang akan mengebumikannya. Syeikh Ahmad Al Banna memilih untuk menyempurnakan jenazah anaknya sendiri.

Jenazah Hasan Al Banna dihantar ke rumahnya pada waktu dinihari supaya tidak dilihat sesiapa dan kawasan rumah itu dikepung anggota polis supaya orang ramai tidak dapat datang menziarahinya. 


Syekh Ahmad Al Banna yang ketika itu berumur 90 tahun yang memandi dan mengkafan jenazah anaknya yang syahid itu. Setelah siap maka jenazah itu diletakkan di tempat pengusung. Syeikh Ahmad Al Banna meminta kebenaran pihak polis untuk mendapatkan beberapa orang lelaki tetapi tidak dibenarkan.

“Hanya orang perempuan saja dibenarkan mengusungnya,” beritahu pihak polis.

Syeikh Ahmad Al Banna yang dibantu tiga orang anak perempuannnya mengusung jenazah Hasan Al Banan menuju ke masjid Al Qaisun untuk disembahyangkan. Tetapi pihak polis telah mengepung masjid itu dan orang ramai tidak dibenarkan datang. Maka Syeikh Ahmad Al Banna seorang diri yang menyembahyangkan jenazah anaknya.

Kemudian jenazah itu dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Di situ menunggu seorang lelaki bernama Makram Abid yang ditugaskan menggali kubur. Syeikh Ahmad Al Banna sendiri yang memasukkan jenazah anaknya ke dalam kubur.

Tidak cukup dengan kekejaman yang dilakukan ke atas Hasan Al Banan maka keluarganya pula menjadi mangsa. Rumah mereka dikepung polis selama dua tahun. Dalam tempoh itu tidak siapapun dibenarkan melawat keluarga tersebut. Talian telefon juga dipotong dan pergerakan keluarga itu diawasi.

Akhirnya perintah dikeluarkan supaya rumah itu dirobohkan..

Al Fatihah..


Credit: Abdul latip/LayarMinda.