Google+ Followers

Thursday, 20 December 2012

TAHUKAH ANDA SIAPA RASHEED NAKAZ??



Tahukah anda siapa lelaki ini ?

Lelaki ini adalah seorang jutawan yang berani lagi pemurah, Rashd Nakaz berasal dari Algeria yang meletakkan jutaan euro wang beliau sendiri sebagai aset untuk membayar segala denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa Perancis pada setiap gadis Muslimah yang memakai niqab/purdah.



Sejak bermulanya perlaksanaan undang-undang melarang pemakaian purdah, Rasheed Nikaz telah menghantar surat kepada semua balai polis di Perancis bahawa beliau dengan sukahatinya membayar segala denda yang dikenakan pihak polis terhadap wanita muslimah yang melanggar undang-undang tersebut dan segera melepaskan mereka.



Beliau dengan jelasnya menyebut kepada wanita-wanita yang berpurdah " Keluarlah kamu dengan pakaian niqab/ purdahmu dengan senang hati, dan aku pasti akan membela/membantu kamu!!"




Semoga Allah menerima amalan beliau dan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah..