Monday 24 December 2012

Snowalk @ I-City Shah Alam



Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada Hari Krimas tahun lepas (25 Disember 2010). Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.
snowalk icity
Antara tarikan utama bagi pengunjung Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. 



Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snowalk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.
Colourful...
Tiket untuk masuk ke taman tema Snowalk adalah sebanyak RM25 bagi orang dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Bayaran yang dikenakan itu termasuk dengan baju sejuk. Kasut pula boleh disewa dengan bayaran sebanyak RM10.
Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.

Gambar-gambar ketika masih dalam proses pembinaan Snowalk.
snowalk icitysnowalk icitysnowalk icitysnowalk icity

Bagi yang datang dengan pakai heels, sangat disarankan sewa kasut but kat sini. kadar sewa Rm10, siap pakej dengan stokin sekali. Kat dalam sangat sejuk n beberapa tempat agak slippery, jadik elok sewa untuk faktor keselamatan n keselesaan.

Bahagian tempat ambik baju sejuk. Ader macam2 kaler n design, pilih lah mana berkenan di hati, kena pakai, jangan tak pakai.. coz tempat nak masuk nanti tu tersangat lahhh sejukkkk... sama sebijik cam kat obersea nun..hehe

Tempat beli tiket masuk ke SnoWalk. Harga Rm25 untuk dewasa, kanak-kanak Rm20 (termasuk kos sewa baju sejuk). Siapa datang dengan own transport, boleh redeem Rm10 parking fee masa beli tiket kat sini.




Credit: Ezany-Kun/Kelanafana.

No comments:

Post a Comment