Google+ Followers

Thursday, 20 December 2012

Perang dan Pembelajaran



SEORANG guru Afghanistan mengadakan kelas di tempat terbuka di pinggir daerah Mihtarlam, semalam. 

Perang yang berlangsung sejak beberapa dekad lalu di Afghanistan menyebabkan beratus-ratus sekolah dan kolej musnah sekali gus menjejaskan sistem pendidikan negara itu. 

Bagaimanapun di negara kita, seperti juga negara-negara tetangga seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan lainnya, suasana pengajaran dan pembelajaran sangatlah berbeza. 

Para pendidik dan pelajar berada dalam suasana yang sangat kondusif, selamat dan selesa.

Semoga kita terus berada didalam suasana yang aman damai dan sejahtera.

Credit:BH- Foto AFP