Saturday, 22 December 2012

Rancang kahwin tahun depan



TERBALIK...bas kilang terbalik selepas bergeser dengan kereta.
TERBALIK...bas kilang terbalik selepas bergeser dengan kereta.
SEBERANG JAYA: Hari terakhir bekerja bagi seorang pekerja kilang bertukar menjadi penamat dalam kehidupannya selepas bas kilang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (km) 150.3, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur masuk Bukit Tambun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Nurul Nadirah Sudin, 20, dan seorang lagi penumpang bas sama, Samsiah Hasan, 22, terbunuh selepas kenderaan yang mereka naiki dari Baru Kurau, Perak, untuk ke tempat kerja di Perai, dekat sini, terbalik selepas bergesel dengan kereta Proton Satria.

Dua lagi penumpang bas parah, sembilan termasuk pemandu bas cedera dan menerima rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya (HSJ) manakala pemandu kereta dipercayai anggota dari Balai Polis Air Itam, Georgetown, tidak mengalami kecederaan.

Semua penumpang bas kilang itu operator pengeluaran di Canon Electronics (M) Sdn Bhd di Lorong Perusahaan Baru 1, Kawasan Perindustrian Perai.

Teman lelaki Nurul Nadirah, Fazli Mustafa, 23, berkata, Allahyarham meluahkan hasrat berhenti kerja ketika mereka berbual menerusi telefon jam 11 malam kelmarin.

Credit: Isma Ismail, Azma Razana Johari dan Siti Azila Alias

No comments:

Post a Comment