Monday 17 December 2012

Presiden Indonesia terima Ijazah Kehormat UUM


ALOR SETAR: Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono akan dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepemimpinan Keamanan) pada majlis konvokesyen khas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Istana Negara, esok. 

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan menganugerah ijazah kehormat berkenaan kepada Presiden itu atas sumbangan beliau dalam keamanan sejagat. 
Menurut kenyataan UUM di sini, hari ini, Presiden Indonesia keenam itu pernah menerima ijazah kehormat daripada beberapa universiti lain, antaranya Universiti Thammasat, Thailand pada 2005, Universiti Keio, Jepun (2006) dan Universiti Tsinghua, Beijing, China (2012). 


Beliau adalah penerima beberapa anugerah antarabangsa, yang terkini ialah 'UN Global Champion for Disaster Risk Reduction' dan majalah Times turut menamakan beliau sebagai '100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia' pada 2009. 

Susilo yang juga bekas tentera pernah dilantik sebagai Menteri Pertambangan dan Energi Indonesia pada 1999 sebelum menjadi Menteri Koordinator bidang Politik, Hukum dan Keamanan dalam Kabinet Kesatuan Nasional Presiden Abdurrahman Wahid (2000-2001) dan dilantik semula ke jawatan sama semasa Presiden Megawati Soekarnoputri (2001-2004). 

Credit- BERNAMA

No comments:

Post a Comment