Pendidik daripada sekolah di Miri, Sarawak itu dipilih sebagai naib johan kategori Pembinaan Pengetahuan dan Pemikiran Kritikal (Knowledge Construction and Critical Thinking) melalui projek inovatif The Journalist yang dihasilkan berasaskan projek serta simulasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajarnya.
Projek ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui empat elemen utama iaitu instrumen pementasan, pembelajaran secara bersendirian, pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara usaha sama, serta bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar serta meningkatkan pemikiran kreatif dan kritikal mereka.
Menerusi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh makna, The Journalist juga bertujuan memperkaya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan dunia," katanya ceria.
Kejayaan Zamimah di peringkat dunia menewaskan lebih daripada 250,000 guru merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan negara.
Keutamaan projek ini adalah untuk memastikan bahawa kerja yang dibuat mempunyai impak di luar kelas dan menyediakan pelajar untuk peringkat pengajian yang seterusnya dalam hidup mereka," ujarnya.
Microsoft Partners In Learning Global Forum mengiktiraf 21 pendidik dari seluruh dunia yang berjaya mengadaptasi kegunaan teknologi secara inovatif di dalam bilik darjah.
Forum itu dihadiri lebih 500 orang guru, pemimpin sekolah dan pemimpin pendidik serta pegawai kerajaan mewakili 80 negara.
Penubuhannya sejak 15 tahun lalu itu bertujuan membantu sistem pendidikan seluruh dunia melalui komunikasi dua hala antara pendidik dan pemimpin sekolah, mengenal pasti potensi pelajar merangkumi penglibatan lebih 210 juta guru dan pelajar di 119 negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda berkata, generasi pemimpin negara pada masa depan tidak boleh dididik dengan peralatan teknologi lama atau amalan pendidikan yang usang.
Kita harus terus membangunkan persekitaran pembelajaran yang canggih dan maju untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin Malaysia pada masa depan yang lebih baik," katanya.
Semua pemenang Anugerah Pendidik Forum Global secara automatik dimasukkan ke dalam program baharu Microsoft Innovative Educator Expert.
Program itu diwujudkan untuk mengiktiraf golongan pendidik seluruh dunia menggunakan teknologi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka.
Hal ini bermakna Zamimah layak sebagai seorang Microsoft Innovative Educator Expert dan rakan kongsi Microsoft dalam pelbagai aktiviti pendidikan sepanjang tahun.
Kemudahan ini akan membolehkan Zamimah mengakses kepada perisian produk terkini daripada Microsoft.
Pada masa yang sama, Microsoft akan memastikan bahawa kumpulan tersebut mendapat peluang pembangunan profesional dan kerjaya untuk membantu mereka mempertingkat impak kepada pelajar masing-masing.
No comments:
Post a Comment