Tuesday 25 December 2012

2 maut pesawat terhempas di sawah padi di Myanmar


PESAWAT penumpang milik Air Bagan terhempas di kawasan sawah 
padi di timur laut Myanmar, semalam. - Foto AFP


YANGON: Dua terbunuh manakala 10 lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang terhempas di kawasan sawah padi di timur laut Myanmar, semalam.

Stesen televisyen tempatan MRTV melaporkan pesawat penumpang milik Air Bagan itu tersasar daripada landasan Lapangan Terbang Heho di Negeri Shan, sebelum juruterbang cuba mendaratkan pesawat di kawasan sawah padi. 


Nahas itu menyebabkan seorang penumpang pesawat maut, manakala seorang lagi membabitkan pengunggang motosikal. 


MRTV sebelum itu melaporkan, penumpang yang maut ialah seorang budak lelaki berusia 11 tahun namun kemudian syarikat penerbangan terbabit mengesahkan mangsa seorang jurupandu pelancong wanita.

Empat warga asing - dua rakyat Amerika, masing-masing seorang warga Korea Selatan dan Britain dan juruterbang adalah antara yang cedera.

Ketika kejadian pesawat membawa 63 penumpang dengan 51 orang daripadanya adalah rakyat asing. - Reuters

No comments:

Post a Comment